CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 10, 2009

doktorku..

Suatu ketika dulu, ada seseorang yang meminjam hatiku. Dengan penuh tertib, lembut bicara, dia berjanji akan menjaga hatiku dengan baik. Tapi, semua janji itu dusta.. saat dia ingin memulangkan hatiku, hati itu penuh luka. Tercalar dengan parut. Malah, masih ada titisan-titisan darah yang mewarnai hatiku. Hati itu kulihat, seperti sudah nyawa-nyawa ikan. Hati itu hampir mati. Namun, saat aku hampir berputus asa, seorang doktor menghampiri, mengatakan kesudiannya merawat hati itu. Hati yang hampir mati itu diberi oksigen, bantuan pernafasan. Dengan nafas baru yang lebih segar. Hati itu makin pulih. Tetapi hati itu terlalu mengharapkan doktor tersebut. Kerana bagi dia, doktor itulah yang telah menyelamatkannya. Dan dia berkata pada doktor tersebut “saya terlalu takut untuk menerima sesiapapun lagi kerana saya tak mampu lagi untuk dikecewakan dan mengecewakan” dan dengan penuh yakin, doktor itu berkata “ percayalah, semua itu takkan terjadi” dan kerana kata-kata itulah hati itu memberanikan diri walau dia tahu dia tak berhak untuk meraih cinta dari sesiapa jua. Dari semasa ke semasa, hati itu makin pulih. Dengan layanan istimewa dari doktor tersebut, hati itu makin bahagia. Dan bahagianya bagai direntap pada suatu malam, bila melihat sekeping gambar doktornya bersama kekasih hati dengan memo luv each other.. mis you... so epy.. dan buat sekian kalinya hati itu kembali berdarah. Kali ini lebih parah kerana yang melukakannya adalah doktor yang dianggap sebagai penyelamatnya. Dan kali ini, hati itu benar-benar mati. Sudah tak mampu lagi untuk menerima sesiapa. Sudah tak mampu untuk melihat cinta. Dia merayu pada doktornya untuk kembali kepadanya, merayu agar doktor itu tidak meninggalkanya. Walau dia terpaksa berkongsi kasih. Dia mula menuntut janji-janji doktor tersebut. Mula menagih dan mengungkit kata-kata doktor yang pernah dilafazkan padanya. Tapi akhirnya dia sedar, dia serba kekurangan, dia tak seperti gadis yang dicintai doktornya walau dia punya hati yang sama. Walau dia punya perasaan yang sama. Dia sedar wanita di dalam gambar itu lebih dulu hadir dalam hidup doktor tersebut, malah telah mengenali seluruh keluarganya. Lalu dia tekadkan hati, dia kentalkan semangat.. walau perit dan pedih menjalar di hatinya. Dia lepaskan doktor itu pergi. Bukan kerana dia tak kasih. Bukan kerana cintanya telah pudar. Bukan juga kerana sayangnya telah hilang. Tetapi kerana rasa cintanya yang tak berbelah bagi, dia rela berkorban demi kebahagiaan doktornya yang dia cinta. Dia akan gembira melihat doktornya bahagia, walau bukan di sampingnya, tetapi gadis lain yang lebih bertuah.

1 comments:

Anonymous said...

doktor????
spe kah geran nye itu????
mayb doktor 2 sekadar membri semangat kpd kamu untuk trs hidup...
kadang kala,berbohong bukan bermakna bohong semata mata,tp tuk kebahagiaan kamu.....
yours..............