CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 27, 2009

huhu..malunyeeee

Semalam aku salah masuk kelas..huhu…x tau la knp ak blur sgt smlm..x ckp tido kot..sbb pg 2, ak tido kul 5 lebih..huhu..pas bincan ngan group subjek “penduduk”, ak g pusanika.. jmpe zila, muni n yan…
Pas2 ,kiteorg g kls same2…tp dieorg x skls ngan ak..set lain…ak pn mlgkh la ke kls ak sorg2..dlm kpla, dh set dah yg kls ak kt 506…tp x tau la knp, ak blh msuk kls 504 lak…huhu…mgkn otak ngah serabai sgt kot…tp rsenye, ak x tensen ari ni..
Mse ak msuk, ak tgk ade 3 org awek…ak senyum je la..
Ak ambk port hjg skali..pelik gak, npe xramai org lg..dh nk kul 12...biasanya dak2 kls ak msuk awl..kul 12 lbh skt, mkn ramai yg dtg…tetiba ak tgk kt pntu blkg, ade “teman tapi mesra yg dh x mesra” ngan ak, ade kt c2..tgh borak2… aik !! sjk bile ak sekelas ngan mamat ni???rsenye dh lme x jmpe die kt ukm ni…last jmpe bln 6 dulu…hri terakhir short sem.. “erm…mgkin die dtg jmpe kwn die kot”… tapi… mane kwn2 yg aku knl ni??? Sorg pn xde… btul ke kls ak ni?? Dah konpius dh ni… xlame pas 2, lec msuk...skali india la...huhu... sah la...dh terang lg bersuluh yg ak salah msuk kelas...malunye.. pe lg, dgn selamba nye, ak angkt beg, buku, terus blah dr kelas 2...ak lalu depan2 lec 2...bt bodoh je..lec 2 tgk je..pedulik r...huhuhu...

Tuesday, February 24, 2009

sedeynye....

peliknye...kenapa xleh nk tggl komen dlm blog aku eak???konpius r...ade sesapa yg thu x, cmne nk settlekn prob ni???huhuhu..

Saturday, February 21, 2009

sometimes...

sometimes Allah breaks our spirit to save our soul..
He breaks our heart to makes us whole..
He sends us pain so we can be stronger..
He sends us failure to make us humbler..
He sends us illness so we can take of ourselves..

Tuhan tak menjanjikan hari2 tanpa sakit..
tertawa tanpa kesedihan..
matahari tanpa hujan..
tetapi DIA menjanjikan kekuatan untuk hari itu..
kebahagiaan untuk air mata dan
terang dalam perjalanan..

renungkanlah wahai sahabat..

Friday, February 20, 2009

alkisahnya aku, dia & monyet...

blk dr psr mlm td, ade sorg awek bg warning.. "ade monyet kt dpn..byk gak".. kite org pn jln la slow2..hati2 beb..kite org npk la 3 ekor mnyet tgh duk masyuk cri mkn.. ade sekor tuh, siap kendong ank lagik..pas2, tetiba sekor melintas dpn kte org..maintain lg beb..gaya msti ade..sampai kt dpn blok kte org, tgk2 lg byk mnyet2 tuh..siap bt roadblock lagik dpn pntu msu blok 2..aduyai..tetiba trun lak sekor lg yg lbh bsr drats bkit..kite org dh terhenti mlgh nih..tkt gak..hurm..ade la sekor mnyet yg agak remaja pndg semacam jer kt kite org..dh mula tkt ni dh ler kte org pegang makanan..msti die nk mntk sikit 2..dlm kite org duk berbalas renungan ngan mnyet 2, tetibe die maju setapak lak.dh start kejor kte org..huhu..kite org per lagi..terus jer bukak lgkah seribu..lari pecut..hilang dh sifat2 kewanitaan kite org time ni..keselamtan 2 lbh pntg dri keayuan beb!!nsb x kene gigit..siot tol..huhu..2 la rumek ijah..ak dah ckp kt ko..kite xley kuor berdua..nti mcm2 mslh tmbul(p/s : rujuk post "aku, dia & masalah")..ko xnk dgr ckp..dgl..piat telinga kang..huhu

Sunday, February 15, 2009

iklan payung



Slideshow


Friday, February 13, 2009

diari iexora



Slideshow


Thursday, February 12, 2009

palestin..







duhai muslim dan muslimat..

...ingat! sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. ingat! itulah HATI...(H.R. Bukhari & Muslim)

Wednesday, February 11, 2009

sirna dan malap

akukah yg bersalah
kerna membiarkan rindu itu
terus bertamu pada sekeping
hati yang beku??
apakah benar bahagia itu milik
setiap insan di dunia fana ini??
akukah insan yang merangkak
diufuk timur itu??
mentari terus menyinar..
bintang tetap berkerdipan..
bulan memancar tenang..
pelangi indah mewarnai..
namun...
aku di sini bagai kekurangan cahaya..
sirna dan suram??terang dan malap?!

huhuu

minggu ni mggu ke-6 kuliah.. xsgment dah mula byk dh.. kdg-kdg rase cam mls jer nk blaja ni.. tapi demi cita-cita yang kuimpikan, aku akan terus bertahan n cuba buat yang terbaik.. mggu depan kena present blog disscusion.. tapi maklumat x cari pun lagi.. fenin-fenin.. mggu depan jugak kena hntr laporan fieldwork.. kena jumpa unit pembangunan la pulak.. nak cari data ttg pembangunan u ni..huhuu..pape pn, chaiyok! gambate! go, go, fighting!!

Tuesday, February 10, 2009

kaulah sahabat kau teman sejati

telah tiba saat waktu kau
tinggalkan kami kerana takdir
yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini
bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati
tulus ikhlasmu luhur
budimu bagaikan tiada
pengganti senyum tawamu
juga katamu menghiburkan hati..
memori indah kita
bersama tetap bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati
ya Allah, tempatkannya
di tempat yang mulia
tempat yang dikau janjikan
nikmat untuk hambamu
sahabatku, akan kuteruskan
perjuangan ini
walau ku tahu kau
tiada di sisi
moga amanlah dan bahagia
di dunia sana
setangkai doa dan juga Fatihah
terus ku kirimkan
moga di sana kau bahagia
bersama para soleh
kau sahabatku kau teman sejati

aku nak merangkak??

bagaimana mungkin ku mengukir senyum
sedang jiwaku merintih pilu
bagaimana mungkin aku menggapai tanganmu
jika aku enggan menghulurkan tanganku
bagaimana mungkin aku menjadikan
setiap abjad,nombor dan susunan2 pelik
itu sebagai teman andai aku sendiri
tak bisa mengerti apa yang tersurat
tak pernah terjangkau dek fikiranku
untuk mengerti dan mendekati semua
yang ku hadapi sekarang
seringkali hatiku dipagut sayu
tatkala dihidangkan memoir gula
dari daerah yang teringin kulawati
bahkan inginku mengerti tentang
segala yang tersirat di sebalik
tembok pemisah daerah itu
mana mungkin hati ini tidak terusik
tatkala kau dendangkan puisi-puisi
dari destinasi yang teringin kujejaki
yang pernah satu ketika dulu
terlalu kuimpi-impikan..
mana mungkin aku melenyapkan
segala impian dan igauan
yang pernah kucipta
biarpun buih-buih impian itu
telah lama pecah
dimamah udara dan disepuh angin
lewat musim lalu..

2006 28 sept 6.30 am

memulih semangatku..

semalam
ku rebah dalam perjuangan
memburu cinta antara dua
persimpangan..
akhirnya kuterbuang

sejenak
ku cari kini ketenangan
menyusur arus di bawah
langit yang kelabu
memulih semangatku..

kisah kau buka
kembali pintu hati ini
aku berjanji takkan kuulangi
biarlah berkurun lamanya
tempuhi gelora
biarlah kuharungi segala

pasti..
akhirnya lukaku akan sembuh jua
bukanlah berakhirnya hidupku ini
tanpamu di sisi

kenangan
tak mudah saja dilenyapkan
ku tahu itu suatu bahan pengajaran
menempuh kehidupan..

..kak ja..

aku melangkah lagi

langkah demi langkah
ku teruskan jua
walau hatiku terluka lagi
walau hatiku berat
walau langkahku tempang
walau kecewa terus membekas
di persimpangan itu
aku terjatuh lagi
rebah menyembah bumi
aku cuba berdiri
tapi tak mampu
aku melangkah jua
tanpa menoleh ke belakang
walau langkahanku kali ini
hanya sekadar merangkak..

dlm bas 11:58am 21/6/05

kenangan

kenangan..
kenapa terlalu sukar dilenyapkan?
kau bagai bebayang
yang sentiasa mengiringi langkahku..
kau terlayar di kanvas memoriku
tanpa aku pamit kehadiranku
kenangan..
berlalulah dari hidupku
gugurlah seperti
gugurnya dedaun maple
tika musim luruh menyapa
pergilah seperti deru angin
yang menyapa lembut di pipiku
singgah dan terus berlalu..
jangan terus bermukim di hatiku..
hati..
tabahlah menempuhi semua dugaan
aku yakin kau seteguh karang di lautan
sekuat pepasir di pantai
halus tetapi tetap berani menerima
pukulan ganas ombak-ombak
yang tak pernah berhenti..
hati..
tabahlah walau kau tak mampu
setabah siti hajar dan mariam..
hatiku..
kau harus belajar melupakan
kenangan itu..
biarkan ia berlalu bersama angin petang
lewat hujan renyai..
biarkan hatimu tenang kembali..

doktorku..

Suatu ketika dulu, ada seseorang yang meminjam hatiku. Dengan penuh tertib, lembut bicara, dia berjanji akan menjaga hatiku dengan baik. Tapi, semua janji itu dusta.. saat dia ingin memulangkan hatiku, hati itu penuh luka. Tercalar dengan parut. Malah, masih ada titisan-titisan darah yang mewarnai hatiku. Hati itu kulihat, seperti sudah nyawa-nyawa ikan. Hati itu hampir mati. Namun, saat aku hampir berputus asa, seorang doktor menghampiri, mengatakan kesudiannya merawat hati itu. Hati yang hampir mati itu diberi oksigen, bantuan pernafasan. Dengan nafas baru yang lebih segar. Hati itu makin pulih. Tetapi hati itu terlalu mengharapkan doktor tersebut. Kerana bagi dia, doktor itulah yang telah menyelamatkannya. Dan dia berkata pada doktor tersebut “saya terlalu takut untuk menerima sesiapapun lagi kerana saya tak mampu lagi untuk dikecewakan dan mengecewakan” dan dengan penuh yakin, doktor itu berkata “ percayalah, semua itu takkan terjadi” dan kerana kata-kata itulah hati itu memberanikan diri walau dia tahu dia tak berhak untuk meraih cinta dari sesiapa jua. Dari semasa ke semasa, hati itu makin pulih. Dengan layanan istimewa dari doktor tersebut, hati itu makin bahagia. Dan bahagianya bagai direntap pada suatu malam, bila melihat sekeping gambar doktornya bersama kekasih hati dengan memo luv each other.. mis you... so epy.. dan buat sekian kalinya hati itu kembali berdarah. Kali ini lebih parah kerana yang melukakannya adalah doktor yang dianggap sebagai penyelamatnya. Dan kali ini, hati itu benar-benar mati. Sudah tak mampu lagi untuk menerima sesiapa. Sudah tak mampu untuk melihat cinta. Dia merayu pada doktornya untuk kembali kepadanya, merayu agar doktor itu tidak meninggalkanya. Walau dia terpaksa berkongsi kasih. Dia mula menuntut janji-janji doktor tersebut. Mula menagih dan mengungkit kata-kata doktor yang pernah dilafazkan padanya. Tapi akhirnya dia sedar, dia serba kekurangan, dia tak seperti gadis yang dicintai doktornya walau dia punya hati yang sama. Walau dia punya perasaan yang sama. Dia sedar wanita di dalam gambar itu lebih dulu hadir dalam hidup doktor tersebut, malah telah mengenali seluruh keluarganya. Lalu dia tekadkan hati, dia kentalkan semangat.. walau perit dan pedih menjalar di hatinya. Dia lepaskan doktor itu pergi. Bukan kerana dia tak kasih. Bukan kerana cintanya telah pudar. Bukan juga kerana sayangnya telah hilang. Tetapi kerana rasa cintanya yang tak berbelah bagi, dia rela berkorban demi kebahagiaan doktornya yang dia cinta. Dia akan gembira melihat doktornya bahagia, walau bukan di sampingnya, tetapi gadis lain yang lebih bertuah.

valentine day




HARI VALENTINE mengikut sjrh dtg dri zaman pemerintah ratu isabella di sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama paderi besar kristian Saint Valentine,beliau amat disayangi oleh ratu isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14 feb(tarikh hari valentine) 270 masihi. kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella olh itu, 14 feb disambut setiap thun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpasan kerajaan islam di cordava.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH...

matahari dan pelangi

kadang kala Allah hilangkan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
puas kita menangis, mana perginya
matahari??kenapa mesti hujan??
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
pelangi yang indah selepas hujan..
MasyaAllah..Maha suci Allah..
hanya Dia yang mengetahui apa
yang terbaik buat kita..
renungkanlah..

Sunday, February 8, 2009

a new friend..

if ever the day comes and you find a friend better than me, just remember that what i gave to you is the best of what i have n what i am to you is the best that i can only be..

VARSITI KITA


Lihat kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan Tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan

Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah varsity kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya

Membina Negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia

SHINENING FRIENDS



A little faith
Brighten the raining day
Life is difficult you can’t go away
Don’t hide yourself in the corner
You have my place to stay
Sorrow is goanna say goodbye
Open up you’ll see the happy sunshine
Keep going on with your dream
Chasing tomorrow sunrise
This spirit can never die

Sun will shine, my friend
Won’t let you cry, my dear
Seeing you shed a tear
Make my world disappear
You’ll never be alone in darkness
See my smile, my friend
We are with you, holding hands
You have got to believe
You are my destiny
We’re meant to be your friends
That’s what a friend should be….

SEPIRING & SEPINGGAN

Sepiring dan sepinggan
Lepas makan pi basuh tangan
Takkan itu pun nak ajar
Semua dah besar
Kalau kawin anak dah tiga
Berlari bertaburan
Tak sempat nak masuk jam…
Kumarisansini
Baru lalu tadi
Tak tahu apa dah jadi
Linda, nana
Dua2 aweks di era
Khairil, kiran
Kk itu kuda kepang
La,la,la Masak ape?
La, la,la Masak apa?
La, la, la Masak lemak
tiada lagi durian
pun air basuh tangan
kembalikan
yang kau pakai itu
kembalikanlah

KAMU KETAHUAN BY MATTA


Dari awal aku tak pernah percaya kata-katamu
Karena ku hanya melihat
Semua dari parasmu
Terakhir kau bilang padaku
Kau takkan pernah selingkuh
Tetapi ternyata dirimu bermain dibelakangku
[*]Saat ku melihatmu kau sedang mesraan
Dengan seorang yang ku kenal
[**]Oo..Oo.. Kamu ketahuan pacaran lagi
Dengan dirinya teman baikku Oo..Oo..
Kamu ketahuan pacaran lagi
Dengan dirinya teman baikku
[Repeat * & **]Tapi tak mengapa aku tak heran
Karena dirimu cinta sesaatku
Oo..Oo.. Aku ketahuan pacaran lagi
Dengan dirinya teman baikmu
Oo..Oo.. Aku ketahuan pacaran lagi
Dengan dirinya teman baikmu

rusuk dan belikat

Jika.. awak benarkan saya memiliki diri dan hati awak, izinkan saya tempatkan awak dirusuk saya.. dekat dilengan untuk saya lindungi, dekat di hati untuk saya kasihi.. dan jika.. tiada ruang untuk saya memiliki awak, izinkan saya tempatkan awak di belikat saya, untuk saya jadikan sandaran dalam mengenal erti kasih dan sayang, untuk saya jadikan kekuatan dalam meniti kehidupan.

sabda Rasulullah

Rasulullah bersabda:"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda:"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.
"Rasulullah bersabda:"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.
"Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

sendiri tanpa teman

Bila kita keseorangan, bukan kita tidak berteman, bukan jua kita bersendirian, tapi akal yang sejengkal itu teman, ilmu di dada itu kawan, dan al-Quran itulah panduan.

pergilah..


Hari ini aku telah lepaskan dia pergi.. bukan aku tak sayang.. cinta tu tetap ada.. kasih tu masih mekar di hati.. tapi dia milik orang lain.. cintanya bukan untuk aku.. kasihnya pada insan lain.. dan aku.. hanya melukut di tepi gantang.. biarla die pergi.. mencari bahagianya dengan insan yang dia cintai.. aku rela begini.. bersendiri dan melayani rasa cintaku padanya.. hati ini telah dibawa pergi.. bila ia akan kembali? Aku tak pasti..

sambal belacan dan harapan

Cinta itu ibarat makan sambal belacan.. walaupun pedas hingga meleleh air mata, tetapi orang tetap memakannya.. pedas tapi nikmat.. makin pedas makin laju ditelan..

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun pernah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun pernah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun pernah disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan...

ape kata "greg" n "rob cella"

"When we are motivated by goals that have deep meaning, by dreams that need completion, by pure love that needs expressing, then we truly live life." Greg Anderson

"A relationship is like a rose, How long it lasts, no one knows; Love can erase an awful past, Love can be yours, you'll see at last; To feel that love, it makes you sigh, To have it leave, you'd rather die; You hope you've found that special rose, 'Cause you love and care for the one you chose." Rob Cella

kejamnya cinta bila...

CINTA bukannya mencari seseorang yg SEMPURNA... Tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu SEMPURNA... Jgn katakan AKU CINTA PADAMU bila kau tak benar2 peduli.. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tak benar2 ada.. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat utk memainkan hatinya... Jgn kau tatap mata seseorg jika itu satu pembohongan.. Hal yg paling kejam yg dilakukan bila kau membuat seseorg jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMA saat ia JATUH.......

aku, dia & masalah..

Aku, dia dan masalah…

Entahlah kenapa, terlalu banyak masalah yang mengekori kami.. aku tahu setiap insan didatangi masalah.. aku juga tahu masalah itulah yang mendewasakan usia dan mematangkan tingkah kita.. aku jua cukup mengerti, Allah takkan bebankan sesuatu masalah yang tak mampu dipikul oleh hambanya.. aku menulis sekadar untuk berkongsi cerita.. cerita aku dan dia... dan masalah kami.. kepada rumek Ijah, aku dedikasikan cerita ini untukmu..wakaka..poyo jer..


Sejak aku masuk ukm, macam-macam masalah menimpa aku.. aku selalu ditinggalkan bas..ye la,aku ni malas nak turun awal-awal..kelas pukul 2, pukul 2 baru aku turun..time aku turun awal..berjanggut aku tunggu bas.. tapi bayang-bayang bas pun tak nampak..tension aku.. bila aku turun lambat, awal la pulak bas tu datang..tinggal aku kat bus stop tu..

Hari tu, aku naik bas malam, sampai awal pagi.. sampai-sampai jer, aku terus meluru keluar..sebab aku nampak bas rapid kat belakang bas aku..bila naik rapid tu, time nak bayar tambang, baru aku perasan, aku tertinggal purse aku kat dalam bas express tadi..aduih..rapid dah menjalar laju kat jalanraya ni..pak cik driver ni pun dah sibuk tanya aku mana duit tambang aku..tebal muka aku.. habis setiap inci beg aku geledah.. x jumpa jugak duit.. yang ada duit syiling jer.. tu pun tak cukup.. sampai kat kolej aku, aku tibai jer bayar dengan syiling tu dan cepat-cepat blah..lepas mandi dan sarapan, aku pergi kajang semula..ajak member aku sekali..tanya akak kat kaunter bas ekspres tu, dia pun terus call driver bas tu..sekali driver tu nak cakap dengan aku..tak pasal-pasal aku kena kuliah pagi dengan pak cik tu..dia tingglkan purse aku pada akak kat kaunter putra..aduiih..kena pergi hentian putra lak..


Aku pergi putra dengan ‘dia’..selamat jugak purse aku tu.. sikit pun takde cacat cela..masa nak balik, kiteorang ni beriye la tunggu komuter.. sekali silap naik daa..aku dengan dia tersesat sampai Teluk Pulai..uiih..jauh tu..lagi tiga stesen nak sampai Pelabuhan Klang..entah ape-ape..

Ari tu, kte org meeting smpai dkt2 kul 11.. tggu pnyer tggu bas, bru aku teringat, bas akhir sampai kul 10.30 mlm jer..jarum jam dh dkt kul 12 mlam..ak ngan ‘dia’ jerk at bus stop 2..dah ler dua2 gurlz..dh mula seram ni..mat2 motor yang lalu, asyik bersiul dan menegur.. kte org bt2 x dgr..kaki dh melangkah.. x thu mane nk tuju..nk jlan kaki ke kolej aku, stgh jam.. ak biase jer jlan kaki, tpi 2 siang, bkan kul 12 mlam mcm ni.. taxi pn x npk batang hidung dri tadi..mmg la, ak tau la txi 2 x mcm mnsia, xderk hidung..jlan nk gi kolej aku 2, sunyi sepi jer..dah ler tepi hutan..mcm2 bleh berlaku kat situ.. gangguan manusia pun ak tkt..gngguan alam ghaib pun aku takut..eii,zmn skrg, mcm2 bleh jadi wpun dalam kwsan universiti..tgh2 jln 2, bleh pulak sandal aku putus..aper ni??cmne ak nk jaln??aduiih..akhirnya, ada la jugak taxi yang lalu..cepat-cepat aku tahan. Alhamdulillah..selamat akhirnya kite org smpai kat klej..

bukan superstar

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena urang keren
Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku
bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…
Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku
bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~
Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dongduren aja
dibelah bukan dibedong
Ku
bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…
Project Pop - Bukan Superstar

aku bukan wonder woman

Kamu tipu aku lagi
Mungkin sudah ke seribu kali
Tak tahu kapan akan berakhir
Segala penyiksaan ini
Kamu tampar aku lagi
Dengan penyakit lamamu
Semakin lama aku pun bisa
Menjadi benar-benar gila
Reff : Aku bukan wonder womanmu
Yang bisa terus menahan
Rasa sakit karena mencintaimu
Hatiku ini bukanlah hati
Yang tercipta dari besi dan waja
Hatiku ini bisa remuk dan hancur
Kamu paksa aku
Menerima cintamu lagi
Dengan segala tingkah lakumu
Yang membuatku bingung
Kamu tahan aku
Dengan logikamu lagi
Kau pikir aku akan mencair
Dengan rayuanmu

duhai sahabat..

"Sahabat...jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amaran2 ALLAH..jika ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dengan tarbiah PENCIPTA..jika ku lemah x berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA...jika antara kita ada tembok yang memisahkan ,ajaklah aku meleraikan segera...jika pernah hatimu terluka,luahkanlah agar aku BERUBAH...dan,jika esok ku lena tanpa terjaga,iringkanlah lenaku dengan kalungan DOA..

apa yang paling jauh??

"yg paling jauh bukannya bintang.mentari pun bkn jua,ttpi masa yg tlh berlalu & takkan kembali..kelmarin yg lumpuh menjadi sebuah kenangan..semalam yg terluput mengukir sesalan..yg ada hanya hari ini & akan datang..gunakan hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita sedangkan semalam telah pergi buat selama-lamanya"...

spanish..dutch..jerman..



Spanish

Estoy enamoradode ti – saya mencintai kamu
sen͂orita – cik
si carin͂o– ya sayangku
si amor – ya cintaku
yo también – saya juga
lestroy harto – dah la tu
querida – sayang
una idea disparatada – idea gila
no pude evitar reirme – saya x boleh tahan ketawa
usted se olvido de besarme – awak lupa ‘kiss’ saya
en sus suenos – in your dream
te quiero mucho – saya sangat cintakan kamu
usted es tan hermoso – awak sangat cantik
digalo – katakanlah

*sumber dari novel hlovate – aA+bB*

Dutch

Mijn liefde – my love
Ik houd van u – I love u
Ik houd zo veel van u – i love u very much
Ik kan zonder u leven nit, liefde – i can’t live without u, love

*sumber dari novel hlovate – aA+bB*

Jerman

Ich liebe dich – I love u

*sumber dari novel hlovate – aA+bB*

PeNat, LetiH, keliRu, KosoNg, KeceWa..

“Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. Allah telah mengira titisan air matamu..bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu.. bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tah arah tuju, Allah ada jalan penyelesaiannya..bila tak ada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya.. SEMOGA DIRIMU SENTIASA TABAH DALAM MENGHADAPI UJIAN ALLAH.”

Mungkin semua ini pernah terjadi kepada anda semua. Rasa letih, penat, hilang semangat, putus asa, sedih, buntu, tension, keliru, kecewa dan rasa kosong..seperti hidup ini tidak lagi bermakna..tapi semua tu ujian dan dugaan Allah untuk mematangkan kita dan meningkatkan ketabahan diri kita..mungkin jua anugerah Allah agar kita sentiasa ingat kepada-Nya dan sering memperbaiki iman kita..mungkin jua sebagai peringatan dari Allah agar kita tidak terus lalai dan alpa terhadap tanggungjawab kita, agar kita tidak lupa kepada-Nya dan tidak semakin jauh dari-Nya..Maha suci Allah..segala yang terjadi pasti ada hikmatnya tersendiri..dan harus diingat, Allah tidak akan menguji hambanya dengan Ujian yang tidak mampu mereka tanggung..penderitaan dan ujian yang diturunkan kepada kita hanyalah secebis daripada ujian-Nya kepada Rasullullah, para nabi dan wali-wali Allah..Allah tidak pernah sesekali menzalimi hambanya..sedangkan kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.. oleh itu, sentiasalah mendekati-Nya..ketika susah mahupun senang..mencintai-Nya setulus hati agar hidup ini lebih indah dan tenang..agar diri kita lebih tabah menghadapi rintangan hidup dan melihatnya dari perspektif yang berbeza.. Percayalah, indahnya hidup ini akan dirasai bila kita sentiasa dekat dengan-Nya..